Want your
own Fotopage?






 
msharil's FotoPage
ketutu, marble goby, sunhock, ikan hantu/bodoh, perikanan, pertanian, penternakkan, kontrak farming
By: msharil othman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Friday, 20-Jul-2007 05:22 Email | Share | | Bookmark
Penerangan berkenaan ketutu,belontok,soon hock,lam khor

Kolam kuarintin ketutu selepas ditangkap
Gambar ketutu saiz 7 ke 10 inci
Kawasan kuarintin ketutu
View all 31 photos...
Kepada peminat, bakal penternak dan yang sedang tercari cari anak benih ketutu liar !!!

Sedikit pengenalan berkenaan ikan ketutu
Melalui pengalaman saya, ikan ini amat sensitif kepada persekitaran yang boleh menggangu kehidupannya.
Ikan ini biasanya suka menghabiskan masanya ditempat yang tenang iaitu jauh dari gangguan atau arus deras air. Ikan ini juga suka menghabiskan masa duduk didalam lumpur, pasir atau melekap dicelah celah batang kayu yang terdapat dipersekitarannya untuk tujuan menyamar agar dapat menyambar anak anak ikan yang berenang berhampiran kawasannya.
Pada siang hari, ikan ini akan menghabiskan masanya didasar lombong dan pada terbenamnya matahari ikan ini akan naik ke dasar yang berpemukaan lebih cetek untuk mencari makanan. Makanan terdiri daripada anak ikan dan udang berbagai spesis.

Cara penangkapan ketutu liar
Kebiasaannya terdapat 2 cara iaitu menggunakan bubu atau sauk / menangguk. Penggunaan sauk atau aktiviti menangkap biasanya dimulakan selepas waktu magrib iaitu sekitar jam 9.00 malam dan berakhir jam 12.00 atau 1.00 pagi. Penangkap ketutu yang menggunakan sauk terpaksa mencari satu kawasan lombong berpermukaan mendatar atau cetek oleh kerana meraka terpaksa turun kedalam lombong untuk menyauk anak ketutu tadi. Kaedah menyauk anak ketutu biasanya akan memperolehi anak anak ketutu saiz diantara 1.5inci ke 5 inci, 20 ke 40 ekor pada satu malam dan ditangkap secara berkumpulan iaitu seramai 3 hingga 6 orang. Ia juga bergantung kepada keadaan cuaca, air dan tempat penangkapan. Untuk kaedah sauk, penangkap biasanya terdedah kepada risiko haiwan liar terutamanya ular oleh kerana haiwan ini amat menyukai cahaya yang dikeluarkan lampu suluh "torch light" dan akan menghampiri penangkap tersebut ketika aktiviti dijalankan. Sebenarnya macam macam dugaan untuk menangkap ketutu ini dan untuk saya ketahanan individu dan pengalaman menjadikan mereka ini tabah.

Cara kedua adalah menggunakan bubu yang diberi nama "xxx" oleh kerana panjangnya.Bubu ini sebenarnya digunakan di xxx untuk menangkap xxx dan xxx tetapi digunakan xxx untuk menangkap ikan ketutu.Sebuah bubu mempunyai panjang xxx dan xxxxxx panjang mempunyai xx pintu masuk. Bubu ini akan diletak lebih kurang 2meter ke 5meter dari gigi air dan kedalaman yang diperlukan adalah 3kaki hingga 5 kaki dalam. Bubu tersebut akan disusun iaitu sambung menyambung mengelilingi kawasan lombong. Jumlah bubu yang digunakan bergantung pada keluasan kawasan iaitu 50 ke 100 buah bubu. Proses menahan bubu ini memerlukan sampan atau pelampung untuk menyusun perangkap tersebut di dalam lombong. Cara ini juga tidak kurang hebatnya oleh kerana risiko sedia ada yang terpaksa ditempuhi. Masa untuk meletakkan atau menyusun bubu ini dimulakan sekitar jam 7.30 petang dan diangkat pada keesokkan pagi sekitar jam 7.00 ke 9.00 pagi. Kaedah menggunakan bubu dapat menangkap atau memberi hasil yang lebih baik dan kebiasanya ikan ketutu pelbagai saiz iaitu diantara 2.5inci ke 12 inci panjang atau 40gram ke 350gram setiap seekor. Proses mengeluarkan ikan ketutu dari bubu memerlukan kesabaran untuk mengelakkan ikan dari rosak atau cedera dan hasil lain yang diperolehi adalah ikan pelbagai jenis dan ular. Jenis ular yang biasanya masuk kedalam bubu ini adalah ular air dan ular sawa yang juga bergantung kepada keadaan kawasan lombong berkenaan.

Kuarintin
Ikan ikan yang ditangkap tadi akan disimpan didalam bekas polisterin yang diisi ubat dan diberi oksigen sebelum dibawa pulang untuk tujuan menggredkan saiz. Ikan yang dibawa pulang akan dikuarintin menggunakan ubat didalam bekas yang dikhaskan untuk membunuh kuman, bakteria selama 6 hingga 8 jam. Selepas itu ikan ini akan diasingkan ke kolam lain yang keadaan keluasan berbeza dan juga kualiti air lebih baik. Kolam yang dimaksudkan adalah kolam buatan sendiri menggunakan plastik biru yang biasa digunakkan di tapak pembinaan. Kolam ini akan dilapis sukurang kurangnya 3 lapisan untuk memberi kekuatan dari bocor. Kolam plastik ini akan dibentangkan diatas tanah rata bertulangkan besi cerucuk bangunan untuk menjadi pemegang ketika air diisi. Cuba lihat gambar yang dipaparkan untuk pemahaman lebih lanjut. Kandungan air yang diisi adalah setengah kaki tinggi, selain itu satu pam elektrik digunakan untuk memberi oksigen dan arus kepada setiap kolam.
Tujuuan proses kuarintin adalah memberi ikan lebih segar, jauh dari penyakit sebelum dihantar kepada pembeli. Tampa proses kuarintin dan pengendalian yang cermat, kadar kematian boleh dikatakan berada ditahap membimbangkan.
Nasihat saya jika Tuan Tuan ingin memelihara untuk tujuan komersil adalah lebih baik ikan yang bibeli bersiaz 7 ke 12inci oleh kerana ikan ini telah sedia besar dan ketahanan ikan tersebut dapat mengurangkan kadar kematian yang tidak disangka. Selain itu ikan ini akan melalui proses pembesaran
lebih singkat untuk tuian atau jualan. Ia juga bergantung dari cara menternak atau menjaga ikan tersebut. Dari pengalaman dan pengamatan saya ikan ketutu bersaiz 7 ke 10inci atau 100 gram ke 250 gram mengambil masa sekitar 8 ke 9 bulan untuk mencecah 1 kilo atau kurang daripada itu, ianya bergantung dari cara menternak atau menjaga ikan tersebut.

Cara penghantaran
Setelah ikan ditempah mengikut saiz, apabilanya cukupnya kuantiti yang diminta, proses penghantaran akan dibuaat atau diambil sendiri oleh pembeli. Terdapat dua cara yang biasa digunakan iaitu melalui bungkusan oksigen dan bekas polisterin. Kaedah menggunakan bekas polisterin lebih menjamin kualiti dan ketahanan ikan, juga untuk penghantaran jarak jauh atau lebih 2 jam perjalanan. Bekas polisterin tersebut akan dihubungkan dengan bekalan oksigen secara terus dari motor elektrik dan dimasukkan ubat penenang. Cara penghantaran atau bungkusan bergantung pada jarak tempat, permintaan pembeli yang akan dibincangkan bersama.
Selain itu khidmat nasihat, rundingan, tunjuk cara pengurusan khas untuk ketutu akan diberikan oleh tenaga pakar yang berpengalaman hampir 20 tahun berkenaan ikan ketutu. Segala nasihat dan tunjuk ajar adalah percuma.
Ikan ketutu yang dibeli tidak mengira saiz akan diberikan jaminan selama 2 hari untuk kolam tanah atau sangkar selepas penghantaran, manakala kolam fiber atau canvas jaminan akan diberikan selama 1 hari. Ini kerana berdasarkan pengalaman, pengurusan sesebuah tempat pembelaan ketutu memerlukan penyediaan awal yang diambil kira dari perbagai sudut dan juga untuk mengelakkan kematian yang akan ditanggung pembeli. Masalah yang dihadapi selalunya berpunca dari air. Oleh itu sesetengah kes, khidmat nasihat dan cara penyediaan akan diberikan sebelum ikan dihantar.

Ringkasan
Pengalaman saya sehingga ini, tiada pihak atau individu yang cuba mengkomersilkan penternakkan ketutu.
Peluang pasaran sedia ada untuk ketutu dewasa dijamin oleh kerana penternakkan ketutu amat rendah buat masa ini.
Kebayakkan ikan ketutu dewasa diimport dari negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam yang juga bergantung kepada stok sedia ada dan boleh diketegorikankan amat terhad atau bermusim.
Dikampung kampung, pihak ketiga akan mencari atau masuk ke kampung setiap minggu untuk mendapatkan ketutu liar dewasa dengan berat minima 600gram sehingga 1 kilo. Ikan ini dibeli dari penangkap ikan dan kebiasaanyan peluang untuk mendapatkan ketutu dewasa adalah 2ekor seminggu.
Untuk saya pasaran atau jualan tiada masalah langsung, cuma masalah yang dihadapi adalah menternak sehingga tempoh matang. Ini kerana ikan ketutu mengambil masa yang boleh dikatakan panjang iaitu 1 tahun 6 bulan, ini diambil kira dari saiz 3 ke 5 inci. Untuk yang tidak perpengalaman menternak ketutu, nasihat saya adalah belajar sedikit sebanyak atau bertanya sebelum memulakan bidang ini. Kos yang dihadapi biasanya makanan, ini kerana ketutu memerlukan makanan hidup untuk menjana pembesaran.
Tempat terbaik menternak ikan ketutu adalah kolam tanah dan sangkar. Kolam tanah merupakan tempat yang paling sesuai oleh kerana habitatnya yang memerlukan permukaan tanah liat atau berpasir. Segala jenis cara penetrnakkan akan dirunding atau dibincangkan bersama dan seperti biasa cara atau lain lain nasihat adalah percuma.

Untuk maklumat lebih lanjut, penerangan atau lain lain khidmat nasihat, Tuan Tuan boleh menghubungi saya ditalian 019-4976314 atau datang sendiri dikediaman saya di Ulu Kelang / Ukay Perdana (berhampiran zoo negara Kuala Lumpur) untuk khidmat nasihat sambil melihat contoh contoh anak benih ketutu atau "pekena teh tarik" dikedai berhampiran.

Anak benih ketutu, belontok, hantu, ubi, sunhock, marble goby.
1.Saiz 2 ke 4 inci : Rm xxx
2.Saiz 4 ke 6 inci : Rm xxx
3.Saiz 6 ke 8 inci : Rm xxx
4.Saiz 8 ke 10 inci : Rm xxx
5.Saiz 10 ke 11,12,13,14 : Harga akan dirunding

***Sila hubungi saya untuk harga atau lain lain perkhidmatan***

Kelah merah (bara)
Saiz 2 ke 3 inci Rm 8.60
Saiz 3 ke 4 inci Rm 12.80

Tengas (spesis kelah)
1.Saiz 2 ke 4 inci : Rm 4.00
2.Saiz 4 ke 6 inci : Rm 8.00
3.Saiz 6 ke 8 inci : Rm 12.00

Senarai harga anak benih ikan air tawar.
1.Pacu ( Bawal merah ) saiz 2ke3inci : 0.18sen
2.Rohu saiz 2 ke 3inci : 0.14sen
3.Jelawat saiz 2 ke 3inci : 0.18sen
4.Baung saiz 2 ke 3inci : 0.18sen
5.Tonsan sisik kasar / halus saiz 3inci : 0.60sen
6.Puyu siam saiz 2inci : 0.07sen
7.Keli saiz 2inci : 0.05sen
8.Patin saiz 2inci : 0.15sen
9.Haruan saiz 3inci : 0.60sen
10.Lampam jawa saiz 3inci : 0.07sen
11.Talapia merah saiz 1.5 ke 2inci : 0.07sen

Harga dan saiz diatas mungkin berubah dan bergantung kepada musim jenis jenis ikan yang ditetaskan, manakala anak benih ketutu bergantung kepada jumlah kuantiti yang diminta.

Manakala lain lain perkhidmatan akan dibincangkan bersama pembeli.
Saya boleh dihubungi ditalian 019-4976314 *Mohd Sharil* atau emailkan ke
msharilothman@yahoo.com.


Saturday, 5-May-2007 21:35 Email | Share | | Bookmark
Ketutu,belontok,sunhock,haruan bodoh,ikan ubi@hantu,marble goby.

Kawasan pengumpulan benih ketutu kumpulan pertama
00:00
Kawasan pengumpulan benih ketutu kumpulan pertama
00:00
Kawasan pengumpulan benih ketutu kumpulan pertama
00:00
View all 12 photos...
Kepada peminat, bakal penternak dan yang sedang tercari cari anak benih ketutu liar !!!

Gambar ini saya paparkan untuk peminat peminat ikan air tawar terutamanya ikan yang sedang hangat dipasaran iaitu ikan ketutu, belontok, ikan ubi@hantu, haruan bodoh, sunhock, lam khor atau sainstifiknya mable goby.
Gambar berkenaan diambil disebuah kawasan iaitu Ipoh, Perak yang merupakan pusat menyimpan dan membekal anak anak benih liar ikan ketutu.
Anak anak ikan ketutu ini ditangkap di kawasan lombong atau kawasan tinggalan bijih timah dan cara penangkapan adalah melalui dua cara iaitu menggunakan "bubu" atau ditangkap menggunakan "sauk@tangguk"
Kebiasaanya ikan ketutu ini akan dikurintin selepas ditangkap, diberi ubat untuk mengelakkan penyakit dan secara tidak langsung akan menghasilkan pengeluran atau bekalan benih yang berkualiti. Proses ini mengambil masa setidak tidaknya selama seminggu, manakala ikan yang berpenyakit atau tidak berupaya sembuh akan diasingkan.

Sedikit maklumat berkenaan ketutu.
- Buat masa ini harga pasaran ikan ketutu dewasa dalam kiraan 1 kilo dijual atau diambil orang tengah berharga "minimum Rm 60.00 dan maksimum Rm120.00 sekilogram" kebiasaannya Rm80@90 ringgit.
-Harga ini melonjak naik disebabkan ikan ketutu dewasa amat susah didapati dan amat terhad.
-Ikan ketutu ini kebayakkannya adalah untuk dipasarkan ke restoran Cina atau dieksport.
-Tempoh matang "1 kilo" jika diternak dari saiz 4 ke 6 inci mengambi masa lebih dari 1 tahun dan bergantung pada cara menternak atau menjaga ikan tersebut.
-Makanan memainkan peranan penting untuk pembesaran dan kebiasaanya ikan ini diberi makan (melalui pengalaman) adalah dibawah :
1.anak ikan hidup (gupy@longkang, udang sampah, seluang, anak talapia,ikan emas)
2.ikan laut@udang (temenung, sardin, udang putih, kerang dipotong dadu)
3.ikan sungai (talapia dipotong dadu )
**Biasanya air akan tercemar dan perlu pemantauan untuk mengelak air menjadi kotor atau berbau, rantaian makanan adalah berdasarkan kolam tanah dan disyorkan menggunakan makanan hidup untuk kolam fiber atau simen**
4. Pallet ikan berprotein tinggi ( pallet kolam biasa atau siakap *terapung@tenggelam* )

Dipaparkan juga sebuah pusat membekal benih ikan air tawar yang memasarkan bekalan keseluruhan negeri di dalam kawasan semenanjung Malaysia.

Saya boleh dihubungi ditalian 019-4976314 *Mohd Sharil* atau
emailkan ke msharilothman@yahoo.com.

Senarai harga anak benih ikan air tawar.

1.Pacu ( Bawal merah ) saiz 2ke3inci : 0.18sen
2.Rohu saiz 2 ke 3inci : 0.14sen
3.Jelawat saiz 2 ke 3inci : 0.18sen
4.Baung saiz 2 ke 3inci : 0.18sen
5.Tonsan sisik kasar / halus saiz 3inci : 0.60sen
6.Puyu siam saiz 2inci : 0.07sen
7.Keli saiz 2inci : 0.05sen
8.Patin saiz 2inci : 0.15sen
9.Haruan saiz 3inci : 0.60sen
10.Lampam jawa saiz 3inci : 0.07sen
11.Talapia merah saiz 1.5 ke 2inci : 0.07sen

Tengas (spesis kelah)
1.Saiz 2 ke 4 inci : Rm 4.00
2.Saiz 4 ke 6 inci : Rm 8.00
3.Saiz 6 ke 8 inci : Rm 12.00

Harga dan saiz diatas mungkin berubah dan bergantung kepada musim jenis jenis ikan yang ditetaskan, manakala anak benih ketutu bergantung kepada jumlah kuantit order ( minimum 50 ekor )

Manakala lain lain perkhidmatan akan dibincangkan bersama pembeli.






Friday, 4-May-2007 00:23 Email | Share | | Bookmark
Ketutu, ubi, sunhock, marble goby Ulu Kelang,Ampang Selangor.

 
 
 
View all 15 photos...
Kolam canvas bertingkat yang baru siap untuk menampung pemintaan dari pembeli yang kebanyakkannya dari kawasan Lembah Klang, Shah Alam, Kelang, Negeri Sembilan dan Johor.

Bahan pembinaan adalah kanvas plastik campuran yang digunakan oleh peniaga pasar malam.
Tinggi adalah 1kaki x 2 tingkat, panjang 10kaki dan lebar 2kaki, keupayaan menampung anak benih ketutu dari segi saiz 2 ke 6 inci untuk setiap kolam adalah 1000 ekor, tetapi anak anak ikan ini perlu diubah tempat oleh kerana pembesaran seterusnya memerlukan lebih keluasan kawasan datar untuk mempercepatkan pembesaran.Pengiraan kawasan ikan matang adalah 1kaki x 1kaki persegi iaitu ikan seberat 800gram ke 1Kg.

Kelebihan canvas adalah ikan mudah dikawal dari segi makanan, pembersihan, pemulihan dan cara tidak langsung menjimatkan kos dari membina kolam sebenar...akan tetapi hanya untuk sementara.

Selain itu saya menggunakan motor elektrik (Astro 5000) untuk setiap kolam, 1 motor untuk tujuan penapisan sampah kasar mudah cuci, manakala setiap kolam dihubungkan pengaliran keluar air "overflow" ke kolam utama iaitu kolam batu bersaiz 4kaki x 6kaki secara semulajadi, bermakna air akan melalui setiap kolam.

Bagi saya, anak anak ikan ini akan terpaksa diubah ke satu kawasan yang lebih besar untuk tujuan pembesaran yang lebih cepat iaitu sama ada kolam batu atau kolam tanah. Pemerhatian menunjukkan anak ikan bersaiz 4 hingga 6inci boleh mencapai dari berat 100gram ke 300gram dalam masa 3 bulan (ukur lilit badan 2inci ke 4inci dan panjang 8ke12 inci) ini juga mengambil pengiran dari cara penternak melayan atau menjaga ikan tersebut.

Nak kata susah bela saya rasa tak!! tetapi yang tak tahan layan adalah makanan...dibawah adalah contoh contoh makanan yang pernah diberikan melalui pengalaman.
1.Anak anak ikan gupy, longkang, udang, cacing tanah.
2.Pallet ikan akuarium perasa udang ( sama sebenarnya macam kita,kalau dah lapar semua pun telan atau makan..)
3.Ikan ikan air tawar dipotong dadu (talapia, lampam)
4.Ikan ikan air masin dipotong dadu (kembong, temenung, sadin )

Nak penerangan lebih lanjut!!, saya boleh dihubungi ditalian 019-4976314 atau emailkan ke msharilothman@yahoo.com atau Tuan tuan boleh hadir ke tempat saya sambil melihat anak benih dan sedikit penerangan berkenaan ikan ketutu.

***gambar diatas adalah kediaman saya di Ulu Kelang Ampang Selangor (berhampiron Zoo Negara Kuala Lumpur)***



[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net